Saturday, December 6, 2014

Long Napir Part 1

TORA DATANG LAGIIIIIII             

             Setahun kemudian baru nak update blog...baik tak yah beblog, ye dak? Ada aku kesah? Ok done with mukadimah yang bukan-bukan. Kali ini aku nak share journey aku ke kawasan pedalaman Limbang lak...malas lak nak berbahasa inggeris mcm entri kat Ba'kelalan tu. kang tak siap-siap blog aku yang takda pembaca ni...ada aku kesah? nama kau esah? whatever la. saja nak merapu jap. maklumla, blog takdo pembaca ni kasi gegar sorang-sorang...

               Kali ni memaparkan kisah aku ke Long Napir. Long Napir ni terletak di ulu pedalaman Limbang. Aku kalau bukan sebab urusan keja mungkin sampai bercucu cicit pun belum tentu lagi sampai kat sini. Agak jauh (4-6 jam je pun dari bandar Limbang) pastu lak jalan bukan bertar. kena pulak masa hujan... licin...kalau aku yang driving sorang ke situ, sah-sahla masuk gaung. tak caye? tengok la gambar dibawah... kena slow bila hujan...korang bayangkan korang memandu di atas tanah merah di lereng-lereng bukit, sebelah bukit sebelah lak gaung...seriau tak? saja nak bikin thrill lattew...thrill lah sangat

Staf satu ofis sedang posing tanpa sedar gambar di ambik

Kerlingan maut driver kitorang

Pose gugurl dari staf satu ofis aku
               Korang kenal tak dengan Bruno manser...bukan Bruno Mars tau. Menurut sorang staf kitorang, di jambatan inilah tempat bruno manser dikatakan terjun semasa beliau ditangkap oleh pihak berkuasa untuk melepaskan diri...kenapa beliau begitu dikehendaki? kalau korang kenal ngn Bruna Manser sah korang tau kan...takyah cerita lah


Gayat wei...tu la pasal gamba gegaq2

Sungai kat bawah jambatan...masa ni air tak naik lau Bruno terjun masa ni sah terhantuk kat batu kat bawah tu


            Korang pernah dengar pasal ikan semah? Ha...kat Long Napir & Ba'Kelalan memang tempat yang sesuai untuk korang cari ikan tu. Dengar-dengar kata orang la ye...ikan semah di Ba'kelalan lebih lazat daripada ikan semah di Limbang...ye ke? mungkin jugak. sebab aku rasa ikan semah dari Ba'kelalan lebih manis rasanya. mungkin sebab masa tu ambik terus makan kot yang kat Long Napir ni kitorang tak dapat dari sungai long napir tu. dari peti sejuk jew...LOLs!



Bersambung :

No comments:

Post a Comment